MAKLUMAN TERKINI
Berita
PEMBINAAN AWAM
PEMBANGUNAN HARTANAH
LANDSKAP
KONSESI LEBUH RAYA
KOLEKSI SISA PEMBUANGAN
PEMBERSIHAN SISA DAN PENGURUSAN
  1. Mainiza Mantap Sdn Bhd
  2. Jeram Anggun Sdn Bhd
  3. BMIM Sakti Sdn Bhd
Profil Syarikat

Profil Syarikat

Mainiza Mantap Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat kontraktor pembersihan kawasan dan pembinaan milik bumiputera sepenuhnya yang telah di tubuhkan oleh Y.Bhg. Datuk Haji Md Zaini Bin Mohd Ladzim dan isteri, Y.Bhg. Datin Puan Hajah Maini Binti Jali. Bermula sebagai sebuah syarikat enterprise pada tahun 2003, syarikat milikan tunggal Datin Hajah Maini...

Read more
JERAM ANGGUN SDN. BHD

JERAM ANGGUN SDN. BHD

.

Jeram Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berkecimpung dalam sektor Pembinaan dan Pembangunan Hartanah yang diterajui oleh 100% Bumiputera. Anak syarikat ini ditubuhkan pada 5 Mac 2008 dan mempunyai kakitangan seluruhnya terdiri dari golongan Bumiputera. Selaku syarikat pemaju perumahan, Jeram Anggun Sdn Bhd di sokong oleh kepakaran dan kewangan...

Read more
BMIM SAKTI SDN BHD

BMIM SAKTI SDN BHD

..

BMIM Sakti Sdn Bhd adalah salah satu anak syarikat Mainiza Mantap Sdn Bhd yang juga diterajui oleh Y.Bhg. Datuk Hj Md Zaini Bin Mohd Ladzim. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 14 Jun 2013 dan dengan rasminya mendapat gred G7 dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Objektif penubuhan syarikat ini...

Read more

BMIM Sakti Sdn Bhd adalah salah satu anak syarikat Mainiza Mantap Sdn Bhd yang juga diterajui oleh Y.Bhg. Datuk Hj Md Zaini Bin Mohd Ladzim. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 14 Jun 2013 dan dengan rasminya mendapat gred G7 dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Objektif penubuhan syarikat ini adalah untuk melaksanakan pembinaan ataupun projek-projek mega dalam industri kejuruteraan, penyelenggaraan dan perkhidmatan pembinaan yang menggunakan aset-aset berdasarkan proses pemasangan, saliran dan kemudahan.

Syarikat ini berpotensi dan berpengalaman dalam menjalankan projek-projek pembinaan jalanraya, kerja-kerja civil dan mekanikal, kerja-kerja menaiktaraf bangunan serta penyelenggaraan dan projek pembinaan struktur saliran serta penyelenggaraannya. 

Matlamat syarikat ini adalah untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dalam mencapai kecemerlangan industri.  Syarikat ini komited kepada pembinaan insfrastruktur dan pembangunan negara dengan menambah nilai kepada sumber-sumber dan teknologi masa kini. BMIM Sakti Sdn Bhd juga mengekalkan standard dan kualiti untuk mencapai keseimbangan dalam arus pembangunan global.

 

Jeram Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berkecimpung dalam sektor Pembinaan dan Pembangunan Hartanah yang diterajui oleh 100% Bumiputera. Anak syarikat ini ditubuhkan pada 5 Mac 2008 dan mempunyai kakitangan seluruhnya terdiri dari golongan Bumiputera. Selaku syarikat pemaju perumahan, Jeram Anggun Sdn Bhd di sokong oleh kepakaran dan kewangan yang kukuh menjadikan syarikat ini berjaya melaksanakan pelbagai projek pembangunan kediaman dan komersial.

Jeram Anggun Sdn Bhd juga menjalankan projek-projek pembangunan secara usahasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Perbadanan PR1MA Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan sebagainya. Kebanyakan projek syarikat ini ialah projek pembangunan perumahan yang berkonsepkan rumah mampu milik dan setiap penjualannya adalah mengutamakan golongan bumiputera.

Usaha syarikat ini adalah selaras dengan matlamat Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak bagi membangunkan tanah demi golongan Bumiputera. Dalam masa yang sama ia akan menambah kuota pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera serta dapat memajukan pembangunan infrastruktur di sekitarnya.

Jeram Anggun Sdn Bhd akan terus mengorak langkah dalam memberi impak yang positif terhadap pembangunan serta penjanaan ekonomi negara.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk menerajui syarikat ini dalam industri yang kompetitif dan kami di Mainiza Mantap akan sentiasa berusaha untuk meletakkan syarikat ini sebagai sebuah syarikat yang unggul di kalangan pelanggan kami.

Strategi kami adalah untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta penambahbaikan dalam setiap bidang yang diceburi. Ini adalah selaras dengan matlamat syarikat untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.

Visi kami adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang dipercayai dalam memberikan produk serta perkhidmatan yang berkualiti mengikut spesifikasi, kos dan masa yang telah ditetapkan. Mainiza Mantap akan sentiasa berusaha kearah kecermelangan dalam menyediakan servis yang berkualiti melalui semangat kerja berpasukan demi memajukan kawasan sekitar.

Jaminan saya ialah sentiasa berusaha untuk memastikan penawaran produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda dan kami mengharapkan hubungan berpanjangan dan terus berjaya.

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB MAINIZA MANTAP SDN. BHD.

Y.Bhg. Datuk Haji Md Zaini Bin Mohd Ladzim D.P.S.M

Mainiza Mantap Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat kontraktor pembersihan kawasan dan pembinaan milik bumiputera sepenuhnya yang telah di tubuhkan oleh Y.Bhg. Datuk Haji Md Zaini Bin Mohd Ladzim dan isteri, Y.Bhg. Datin Puan Hajah Maini Binti Jali.

Bermula sebagai sebuah syarikat enterprise pada tahun 2003, syarikat milikan tunggal Datin Hajah Maini ini hanya memiliki sebuah lori kompactor (No. Pendaftaran BGJ 5837) dan seorang pemandu lori sahaja. Syarikat ini telah memulakan operasi di USJ 1, Subang Jaya, dengan melaksanakan kerja-kerja kutipan sampah di kawasan Pusat Bandar Putra Permai dan Taman Equine adalah kerja pertama yang telah di perolehi oleh Mainiza Mantap Enterprise di bawah selian Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pada 16 November 2006, Mainiza Mantap telah mengorak langkah setapak lagi dengan pendaftaran sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad dan menyewa di USJ 1, Subang Jaya. Seiring dengan peningkatan prestasi syarikat, kami kini beroperasi dari pejabat sendiri di Pusat Perniagaan The Atmosphere, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Syarikat kami juga berdaftar dengan pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan gred G3, Pusat Khidmat  Kontraktor (PKK) sebagai Kontraktor Bumiputera dan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). Kini kami mempunyai lebih 300 orang pekerja kasar, 50 orang pemandu lori, 35 orang penyelia dan 20 orang kakitangan pentadbiran. 

Kami juga mempunyai 50 buah lori yang terdiri daripada kompaktor dan roro untuk menjalankan kerja-kerja kutipan sampah sisa pepejal serta pembersihan kawasan.

Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan seperti kutipan sampah sisa pepejal, pembersihan kawasan serta kerja-kerja pembinaan bagi menghasilkan projek-projek kejuruteraan awam seperti menaiktaraf sistem perparitan, membarumuka jalan, membina bangunan sekolah dan surau serta menaiktaraf kemudahan infrastruktur kawasan. Syarikat ini telah di uruskan oleh pekerja-pekerja yang berpengalaman dan berpendidikan serta profesional di dalam bidang kejuruteraan dan teknikal serta perkhidmatan. 

Mainiza Mantap Sdn Bhd di tubuhkan dengan tujuan menyediakan perkhidmatan yang cemerlang. Syarikat ini mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kualiti perkhidmatan. Ini dizahirkan melalui penglibatan Pengarah Urusan syarikat secara langsung pada projek-projek yang dijalankan diiringi sokongan pekerja-pekerja yang berkaliber dalam penggunaan teknologi maklumat serta teknik-teknik profesional bertahap tinggi.

Kini pengurusan Mainiza Mantap Sdn Bhd telah menubuhkan 2 lagi anak syarikat iaitu BMIM SAKTI SDN BHD yang terbabit dalam industri Kejuruteraan Awam (gred G7). Manakala satu lagi anak syarikat ialah JERAM ANGGUN SDN BHD yang berdaftar sebagai pemaju perumahan dan kini mula bertapak di Negeri Hang Tuah, Melaka Bandaraya Bersejarah. 

Pengurusan Mainiza Mantap Sdn Bhd mempunyai matlamat untuk mengembangkan lagi perniagaan pada masa akan datang demi menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan negara malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.