MAKLUMAN TERKINI
Berita

BMIM SAKTI SDN BHD

BMIM Sakti Sdn Bhd adalah salah satu anak syarikat Mainiza Mantap Sdn Bhd yang juga diterajui oleh Y.Bhg. Datuk Hj Md Zaini Bin Mohd Ladzim. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 14 Jun 2013 dan dengan rasminya mendapat gred G7 dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Objektif penubuhan syarikat ini adalah untuk melaksanakan pembinaan ataupun projek-projek mega dalam industri kejuruteraan, penyelenggaraan dan perkhidmatan pembinaan yang menggunakan aset-aset berdasarkan proses pemasangan, saliran dan kemudahan.

Syarikat ini berpotensi dan berpengalaman dalam menjalankan projek-projek pembinaan jalanraya, kerja-kerja civil dan mekanikal, kerja-kerja menaiktaraf bangunan serta penyelenggaraan dan projek pembinaan struktur saliran serta penyelenggaraannya. 

Matlamat syarikat ini adalah untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dalam mencapai kecemerlangan industri.  Syarikat ini komited kepada pembinaan insfrastruktur dan pembangunan negara dengan menambah nilai kepada sumber-sumber dan teknologi masa kini. BMIM Sakti Sdn Bhd juga mengekalkan standard dan kualiti untuk mencapai keseimbangan dalam arus pembangunan global.