MAKLUMAN TERKINI
Berita

JERAM ANGGUN SDN. BHD

Jeram Anggun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berkecimpung dalam sektor Pembinaan dan Pembangunan Hartanah yang diterajui oleh 100% Bumiputera. Anak syarikat ini ditubuhkan pada 5 Mac 2008 dan mempunyai kakitangan seluruhnya terdiri dari golongan Bumiputera. Selaku syarikat pemaju perumahan, Jeram Anggun Sdn Bhd di sokong oleh kepakaran dan kewangan yang kukuh menjadikan syarikat ini berjaya melaksanakan pelbagai projek pembangunan kediaman dan komersial.

Jeram Anggun Sdn Bhd juga menjalankan projek-projek pembangunan secara usahasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Perbadanan PR1MA Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan sebagainya. Kebanyakan projek syarikat ini ialah projek pembangunan perumahan yang berkonsepkan rumah mampu milik dan setiap penjualannya adalah mengutamakan golongan bumiputera.

Usaha syarikat ini adalah selaras dengan matlamat Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak bagi membangunkan tanah demi golongan Bumiputera. Dalam masa yang sama ia akan menambah kuota pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera serta dapat memajukan pembangunan infrastruktur di sekitarnya.

Jeram Anggun Sdn Bhd akan terus mengorak langkah dalam memberi impak yang positif terhadap pembangunan serta penjanaan ekonomi negara.