MAKLUMAN TERKINI
Berita

MAINIZA MANTAP SDN BHD

Y.Bhg. Datuk Haji Md Zaini Bin Mohd Ladzim dilahirkan pada 9 Julai 1977 di Kuala Selangor. Anak kepada pasangan Fatimah Binti Abu Bakar dan Mohd Ladzim Bin Abdullah adalah satu-satunya anak lelaki daripada 5 orang adik beradik. Beliau melangsungkan perkahwinan bersama Y.Bhg. Datin Hajah Maini Binti Jali pada tahun 2000 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Datuk Haji Md Zaini adalah seorang yang berwawasan dalam mencapai cita-citanya. Beliau yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Ungku Omar, Ipoh memulakan https://www.viagrasansordonnancefr.com/ kerjayanya sebagai kakitangan teknikal di Majlis Perbandaran Sepang sehingga tahun 2003.

Dengan pengalaman yang diperolehi, beliau membuka syarikat Mainiza Mantap Enterprise bersama isteri Y.Bhg. Datin Hajah Maini Binti Jali sebagai satu permulaan untuk menjadi ahli perniagaan. Berkat kesungguhan dan kesabaran, beliau terus mengorak langkah dengan menjadikan syarikat Mainiza Mantap sebagai syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2006 dan beliau membuka lagi 2 anak syarikat iaitu BMIM Sakti Sdn. Bhd. dan Jeram Anggun Sdn. Bhd. untuk terus maju bersaing di dalam industri.

Antara sumbangan beliau kepada masyarakat ialah:

  • Selaku kontraktor yang berjaya dalam menyelenggara kesemua kerja-kerja baik pulih jalanraya dan juga baik pulih bagi saliran longkang untuk keselesaan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
  • Mengambil-alih projek-projek kutipan serta pembersihan secara kontrak dikawasan tertentu dalam menjadikan kawasan perumahan dan tempat-tempat awam sentiasa bersih dan bebas dari jangkitan penyakit.
  • Memajukan projek pembinaan dan insfrastruktur bagi kemudahan awam di kawasan-kawasan perumahan seperti membina surau, gelanggang futsal, dan padang-padang sekolah untuk kegunaan penduduk di sekitar Selangor.
  • Selaku kontraktor yang berusaha dan berjaya dalam memajukan tanah seluas 13.34 ekar Mukim Balai Panjang Melaka, Daerah Melaka Tengah bagi pembangunan insfrastruktur moden untuk golongan bumiputera khasnya.