MAKLUMAN TERKINI
Berita

Utusan Pengarah Urusan Mainiza Mantap Sdn. Bhd

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk menerajui syarikat ini dalam industri yang kompetitif dan kami di Mainiza Mantap akan sentiasa berusaha untuk meletakkan syarikat ini sebagai sebuah syarikat yang unggul di kalangan pelanggan kami.

Strategi kami adalah untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta penambahbaikan dalam setiap bidang yang diceburi. Ini adalah selaras dengan matlamat syarikat untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.

Visi kami adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang dipercayai dalam memberikan produk serta perkhidmatan yang berkualiti mengikut spesifikasi, kos dan masa yang telah ditetapkan. Mainiza Mantap akan sentiasa berusaha kearah kecermelangan dalam menyediakan servis yang berkualiti melalui semangat kerja berpasukan demi memajukan kawasan sekitar.

Jaminan saya ialah sentiasa berusaha untuk memastikan penawaran produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda dan kami mengharapkan hubungan berpanjangan dan terus berjaya.

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB MAINIZA MANTAP SDN. BHD.

Y.Bhg. Datuk Haji Md Zaini Bin Mohd Ladzim D.P.S.M